Sesi Pembentangan Dapatan Business Process Reengineering (BPR) dan Majlis Menandatangani Perjanjian bagi Kontrak Membangun, Membekal, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi, Mngintegrasi, Menguji dan Mentauliah Perkakasan, Perisian dan Sistem Digital JPJ (REVAMP) bagi tempoh 36 bulan telah diadakan di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Putrajaya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HeiTech Padu Berhad (HeiTech), pelaksanaan BPR ini bukan sahaja meneliti penambahbaikan proses kerja sedia ada, tetapi juga memperkenalkan inovasi baharu yang relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Melalui konsep Omni-Channel ini, ia dapat membantu meningkatkan pengalaman pelanggan JPJ untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih lancar selain mewujudkan ekosistem berasaskan data yang bersifat inklusif, di mana perkongsian data antara agensi dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan selamat.
Turut diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian di antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan HeiTech Padu Berhad (HeiTech) sebagai tanda kerjasama strategik dalam memperkasakan agenda pendigitalan JPJ.
Sesi Menandatangani Perjanjian diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Yang Berbahagia Datuk Aedy Fadly bin Ramli, manakala HeiTech diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Hasrul Azuan Mohd Yusof.
Majlis ini turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ, Yang Berbahagia Datuk Jazmanie bin Shafawi, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Yang Berusaha Puan Rosnina binti Yaacob, Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Yang Berusaha Tuan Muhammad Kifli bin Ma Hassan, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Tarmizi bin Haji Abd Talib, rakan-rakan strategik dan pasukan projek dari JPJ dan HeiTech.
Get in touch now and discover how HeiTech can help you envision your journey through technology.