Seminar Memperkasa Generasi Muda Pekan 2009 24/07/2009
Serdang, 24 Julai 2009 – Seramai lebih empat ratus (400) orang pelajar daripada dua belas (12) buah sekolah di daerah Pekan telah mengambil bahagian dalam Seminar Memperkasakan Generasi Muda Pekan yang diadakan diadakan di Universiti Putra Malaysia selama tiga hari dua malam bermula dari 24 hingga 26 Julai 2009. Seminar ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Pekan dengan kerjasama HeiTech Padu Berhad dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia.
Apa yang menariknya mengenai seminar pada tahun ini ialah di mana para pelajar diberi peluang untuk merasai sendiri suasana kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi di universiti. Bagi memantapkan lagi keberkesanan program, setiap pelajar juga diberikan seorang mentor di kalangan pelajar UPM. Pendekatan seperti ini diharapkan mampu membakar semangat para pelajar ini untuk menanam cita-cita mengikuti jejak langkah mentor mereka. Lebih istimewa lagi apabila kemuncak seminar ini diserikan dengan kehadiran pemimpin no 1 negara iaitu YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.