Updated: February 24, 2010

MAC 2009

HeiTech Catat Sejarah Tersendiri Biaya Pelajar Orang Asli Cemerlang
03/03/2009

Pekan, 3 Januari 2009 – Usaha HeiTech untuk memperkasakan generasi pelapis negara diteruskan di mana buat julung kalinya HeiTech telah mengambil seorang anak orang asli, adik Nooraniza Abu sebagai pelajar angkatnya.

Pemilihan adik Nooraniza adalah rentetan daripada kejayaan cemerlang beliau pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu dengan mendapat 5A. Bekas murid Sekolah Kebangsaan Temai Pekan ini juga bakal mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Seri Puteri di Cyberjaya.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Pengerusi Eksekutif HeiTech, Dato’ Mohd Hilmey Mohd Taib berkata HeiTech sentiasa berusaha mencari ruang dan peluang bagi membantu golongan pelajar khususnya di kawasan luar bandar.

“Pengambilan adik Nooraniza sebagai pelajar angkat diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi generasi muda kita untuk belajar dengan gigih,” ujar Dato’ Mohd Hilmey.

Sebagai perintis program ini, adik Nooraniza akan menerima pembiayaan dalam bentuk biasiswa pelajaran selain menerima sumbangan sebuah komputer riba. HeiTech juga akan sentiasa berhubung dengan ibu bapa dan pihak sekolah bagi memastikan kebajikan adik Nooraniza diuruskan dengan baik. Selain itu, HeiTech dengan kerjasama pihak sekolah juga akan memantau prestasi akademik beliau dari masa ke semasa.

Kejayaan Nooraniza yang mendapat pembiayaan HeiTech melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Seri Puteri Cyberjaya diumumkan sendiri oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan semasa menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2008 peringkat Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah Pekan, Pahang Darul Makmur.

Berkongsi rahsia disebalik kejayaannya, adik Nooraniza menjelaskan ibu bapanya selalu memberi dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Mereka juga memberi nasihat bahawa ilmu pelajaran itu penting untuk masa depan.

“Tambah lagi, tidak ramai anak-anak Orang Asli mampu mencapai kejayaan dalam pelajaran disebabkan tidak bersekolah kerana kemiskinan hidup selain tidak berminat untuk belajar,” ujar beliau.

Anak bongsu daripada enam beradik ini turut menambah kakaknya, Nazrin Wanni, 17, yang ketika ini sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan, mendapat 4A 1B dalam UPSR dan kejayaan itu dijadikan pembakar semangat untuk meraih keputusan lebih baik.

Bapanya, Abu Ahi, 55, hanya bekerja sebagai pembantu rendah awam di Bahau, Negeri Sembilan, dan hanya pulang menjenguk keluarga ketika hari cuti, manakala ibu pula,Yang Hasan, 52, hanya bekerja sebagai pembantu tadika.

 
Month Date Event
DEC 2009 15/12/2009 YAB Perdana Menteri Lancar Pusat Sumber
AUG 2009 01/08/2009 Program Motivasi dan Kecemerlangan Akademik
JUL 2009 24/07/2009 Seminar Memperkasa Generasi Muda Pekan 2009
MAY 2009 27/05/2009 BAKTI Jalin Kerjasama dengan HeiTech Bangunkan
MAC 2009 03/03/2009 HeiTech Catat Sejarah Tersendiri Biaya Pelajar
OCT 2008 21/10/2008 HeiTech Serah Sumbangan Bantu Licinkan Urusan
OCT 2008 19/10/2008 Seminar Memperkasakan Generasi Muda
AUG 2008 25/08/2008 Fun in Learning English Camp
JAN 2008 17/01/2008 HeiTech's Blood Donation Drive 2008
NOV 2007 01/11/2007 HeiTech Serah Sumbangan Bantu Jemaah Haji
  Page 1 of 2 , Previous page  Next page