HeiTech Serah Sumbangan Bantu Licinkan Urusan Jemaah Haji Di Tanah Suci 21/10/2008
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2008 - HeiTech hari ini menghulurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Lembaga Tabung Haji untuk disalurkan kepada Tabung Kebajikan Jemaah Haji. Sumbangan ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada jemaah haji sepanjang mereka menunaikan Rukun Islam ke-Lima di Tanah Suci Mekah bagi musim haji 1429H.
Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden HeiTech, Tuan Haji Safiee Mohammad kepada YB Datuk Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan dan Penghargaan Sahabat Korporat Tabung Haji yang diadakan di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur. Turut hadir adalah YBhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor, Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan YBhg Dato’ Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji.