Updated: February 24, 2010

OCT 2008

Seminar Memperkasakan Generasi Muda
19/10/2008

Pekan, 19 Oktober 2008 – Seramai lebih lima ratus (500) orang pelajar daripada lapan belas (18) buah sekolah di daerah Pekan telah mengambil bahagian dalam Seminar Memperkasakan Generasi Muda yang diadakan di Bangunan UMNO Pekan, Pahang Darul Makmur.

Penganjuran seminar yang julung-julung kali diadakan ini lahir daripada cetusan idea dan aspirasi YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pekan untuk melihat anak-anak Pekan berjaya; sebagai seorang pelajar dan warganegara yang mempunyai minda dan  jatidiri kelas pertama. Matlamat utama seminar ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan semangat para pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008. YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak turut hadir memeriahkan seminar ini dan meluangkan masa beramah mesra dan memberi kata-kata perangsang kepada para peserta.

Menerusi seminar sehari ini, para pelajar tersebut telah diberi suntikan semangat melalui ceramah motivasi selain turut didedahkan dengan kaedah dan tips sebagai persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan.

Seminar yang dianjukan bersama oleh HeiTech dan Yayasan Rahah ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak Kementerian Pelajaran, Pejabat Pelajaran Negeri dan Daerah, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Pejabat Ahli Parlimen Pekan, Bahagian UMNO Pekan dan sekolah-sekolah yang terlibat.

 
Month Date Event
DEC 2009 15/12/2009 YAB Perdana Menteri Lancar Pusat Sumber
AUG 2009 01/08/2009 Program Motivasi dan Kecemerlangan Akademik
JUL 2009 24/07/2009 Seminar Memperkasa Generasi Muda Pekan 2009
MAY 2009 27/05/2009 BAKTI Jalin Kerjasama dengan HeiTech Bangunkan
MAC 2009 03/03/2009 HeiTech Catat Sejarah Tersendiri Biaya Pelajar
OCT 2008 21/10/2008 HeiTech Serah Sumbangan Bantu Licinkan Urusan
OCT 2008 19/10/2008 Seminar Memperkasakan Generasi Muda
AUG 2008 25/08/2008 Fun in Learning English Camp
JAN 2008 17/01/2008 HeiTech's Blood Donation Drive 2008
NOV 2007 01/11/2007 HeiTech Serah Sumbangan Bantu Jemaah Haji
  Page 1 of 2 , Previous page  Next page