Updated: February 24, 2010

AUG 2008

Fun in Learning English Camp
25/08/2008

Usaha pelaksanaan tanggungjawab sosial ("CSR") HeiTech diteruskan di mana pada kali ini seramai lebih seratus tujuh puluh (170) orang pelajar di kawasan Tanjong Karang diberi peluang untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menerusi Program Perkhemahan Ceria Bahasa Inggeris “Fun In Learning English Camp”.

Majlis Pelancaran Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Shamsuddin Bin Haji Lias, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burung yang mewakili YB Dato’ Haji Noh Bin Haji Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing pada 15 Ogos 2008.

Objektif utama program ini adalah untuk menyemai minat para pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris di samping meningkatkan keyakinan mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

Program yang bermula daripada 14 hingga 22 Ogos 2008 ini disasarkan kepada murid-murid Tahun Lima (5) di sekolah-sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing, Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor dan Sekolah Kebangsaan Sri Tiram.

 
Month Date Event
DEC 2009 15/12/2009 YAB Perdana Menteri Lancar Pusat Sumber
AUG 2009 01/08/2009 Program Motivasi dan Kecemerlangan Akademik
JUL 2009 24/07/2009 Seminar Memperkasa Generasi Muda Pekan 2009
MAY 2009 27/05/2009 BAKTI Jalin Kerjasama dengan HeiTech Bangunkan
MAC 2009 03/03/2009 HeiTech Catat Sejarah Tersendiri Biaya Pelajar
OCT 2008 21/10/2008 HeiTech Serah Sumbangan Bantu Licinkan Urusan
OCT 2008 19/10/2008 Seminar Memperkasakan Generasi Muda
AUG 2008 25/08/2008 Fun in Learning English Camp
JAN 2008 17/01/2008 HeiTech's Blood Donation Drive 2008
NOV 2007 01/11/2007 HeiTech Serah Sumbangan Bantu Jemaah Haji
  Page 1 of 2 , Previous page  Next page