Updated: February 24, 2010

DEC 2009

YAB Perdana Menteri Lancar Pusat Sumber Pekan
15/12/2009

Pekan, 13 Disember 2009: YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini melancarkan Pusat Sumber Pekan. Yang pertama seumpamanya di Pahang, pusat sumber ini bukan sahaja akan memainkan peranan sebagai pusat sehenti untuk menimba ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai wadah untuk menjana kemahiran, mengasah bakat dan potensi diri bersesuaian dengan “tagline” nya iaitu “Creating Future Innovator”.

HeiTech merupakan antara penyumbang utama yang terlibat dalam membangunkan Pusat Sumber Pekan. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial syarikat untuk memartabatkan taraf hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini selaras dengan aspirasi Gagasan 1 Malaysia.

Selain HeiTech, para penaja lain termasuklah UMNO Pekan, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, Pearson (M) Sdn. Bhd., MPH Sdn. Bhd. dan Bebar Makmur Sdn. Bhd.

Pusat Sumber Pekan ini akan dibuka 7 hari seminggu dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Antara kemudahan yang disediakan di pusat ini termasuklah perpustakaan yang menempatkan lebih 5,000 buah buku, makmal ICT, makmal bahasa, bilik seminar dan diskusi, bilik latihan teater, pejabat pentadbiran dan surau. Selain itu, pusat ini juga akan diuruskan oleh 5 orang kakitangan sepenuh masa.

Dari segi perancangan program dan aktiviti, Pusat Sumber Pekan telah merangka beberapa aktiviti yang difikirkan relevan sebagai pengisian pusat ini. Buat permulaan, aktiviti yang dirancang ini mensasarkan kepada golongan remaja di dalam lingkungan umur 7 hingga 21 tahun. Antara program yang telah pun berjalan dan akan dilaksanakan termasuklah kelas celik ICT, kelas tambahan akademik, kelas bimbingan teater, kelas pengajian Al-Quran serta seminar motivasi dan kerjaya.

 
Month Date Event
DEC 2009 15/12/2009 YAB Perdana Menteri Lancar Pusat Sumber
AUG 2009 01/08/2009 Program Motivasi dan Kecemerlangan Akademik
JUL 2009 24/07/2009 Seminar Memperkasa Generasi Muda Pekan 2009
MAY 2009 27/05/2009 BAKTI Jalin Kerjasama dengan HeiTech Bangunkan
MAC 2009 03/03/2009 HeiTech Catat Sejarah Tersendiri Biaya Pelajar
OCT 2008 21/10/2008 HeiTech Serah Sumbangan Bantu Licinkan Urusan
OCT 2008 19/10/2008 Seminar Memperkasakan Generasi Muda
AUG 2008 25/08/2008 Fun in Learning English Camp
JAN 2008 17/01/2008 HeiTech's Blood Donation Drive 2008
NOV 2007 01/11/2007 HeiTech Serah Sumbangan Bantu Jemaah Haji
  Page 1 of 2 , Previous page  Next page