HeiTech Mainkan Peranan Penting Dalam Program Kempen Pengesanan Awal Barah Payudara 23/02/2009
Petaling Jaya, 23 Februari 2009: HeiTech Padu Berhad (HeiTech), peneraju penyelesaian ICT di Malaysia hari ini melancarkan program kesedaran barah payudara peringkat kebangsaan yang dinamakan ” Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa” yang akan menawarkan perkhidmatan pengesanan awal kepada semua wanita di Malaysia.
Ketika melancarkan program itu, Ketua Setiausaha Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Y.Bhg Datuk Faizah Mohd Tahir berkata: “Hari ini lebih daripada 1 juta orang wanita di seluruh dunia menghidap barah payudara setiap tahun dan merupakan sebab kedua paling tinggi kematian yang berkaitan dengan barah di dunia.
”Di Malaysia, barah payudara juga merupakan penyakit barah paling utama dan pembunuh nombor satu wanita. Mesej yang kami hendak berkongsi dengan anda semua hari ini ialah pengesanan awal membantu menyelamatkan nyawa.”
Presiden HeiTech Padu Berhad Tuan Haji Safiee Mohamad yang turut bimbang dengan kadar kematian yang meningkat dalam kalangan wanita yang menghidap barah payudara, berkata: ”Sebagai warga korporat yang prihatin, HeiTech menekankan pentingnya membantu kerajaan dalam menyebarkan mesej kepada kaum lelaki dan wanita agar menjalani gaya hidup sihat menerusi pemeriksaan kesihatan yang proaktif.
”Sehubungan dengan matlamat kerajaan untuk membasmi penyakit barah, HeiTech akan melaksanakan Program Kesedaran Barah Payudara yang akan memperkasa wanita untuk mengurus diri sendiri dengan pemeriksaan barah payudara sebagai aspek penting dalam penjagaan kesihatan.
”Perangkaan menunjukkan bahawa pengesanan awal dan hasil pemeriksaan barah payudara memungkinkan rawatan dan kadar ikhtiar hidup yang lebih baik . Justeru, kami percaya bahawa tema ” Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa” amatlah sesuai dan bertepatan dengan gaya hidup kita yang sibuk.”
Acara yang dihadiri lebih daripada 200 tetamu terdiri daripada warga Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, persatuan, kumpulan sokongan, pengamal penjagaan kesihatan dan institut pengajian tinggi turut disertai dengan ceramah kesejahteraan oleh Y.Bhg Datuk Dr Sidiq Mohamad, perunding perubatan dan kesejahteraan.
Turut hadir ialah Puan Azean Irdawaty Yusoef, artis terkenal Malaysia dan seorang penghidap barah payudara yang terselamat yang membuat penampilan khas untuk berkongsi pengalaman beliau.
Peranan Penting Untuk HeiTech
Kementerian Kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan serta kumpulan sokongan di Malaysia sedang memainkan peranan utama tidak hanya dalam mendidik masyarakat akan tetapi juga menyediakan kemudahan-kemudahan mahal untuk memenuhi keperluan wanita yang menghidap barah payudara.
“Sebagai menyokong usaha yang sedang dijalankan ini, HeiTech sedang mengorak langkah untuk membantu kerajaan dalam mengenal pasti teknologi terkemuka yang dibangunkan di dalam dan luar negara untuk membasmi penyakit kritikal ini.”
“Sehingga ini, HeiTech sedang berusaha untuk melancarkan teknologi canggih yang bebas-radiasi, dikenali sebagai Bio-Impedance Tomography (BIT). Teknologi ini berupaya mengesan tisu payudara yang tidak sihat dan barah payudara.
”Adalah menjadi matlamat kami untuk menggunakan teknologi terkemuka dalam pemeriksaan penjagaan kesihatan dan menyediakan kemudahan yang termampu dan sesuai untuk semua wanita daripada segenap lapisan masyarakat.”
Peralatan yang akan diperkenal ini merupakan yang pertama di Malaysia. Peralatan pemeriksaan yang tidak akan menyebabkan kesakitan dan amat cekap itu mungkin boleh digunakan secara kerap oleh semua wanita tanpa mengira umur bagi penjagaan kesihatan dan payudara wanita.
Ciri utama peralatan ini ialah ia terbukti tidak mendatangkan kemudaratan kepada pesakit dan bebas daripada radiasi ion yang menjadikannya tidak bahaya kepada ibu-ibu mengandung dan mereka yang menjalani prosedur rawatan pemulihan.
Fungsi BIT dilihat sebagai melengkapkan kaedah-kaedah yang sedia ada dalam pengesanan barah payudara, seperti mammogram dan ultrasound yang banyak terdapat di Malaysia.
Mendekati Semua Wanita Di Malaysia
HeiTech sedang berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan dan perbadanan-perbadanan untuk membolehkan ujian pemeriksaan ini mudah diperoleh. Ciri utama alat ini ialah ia mudah dan boleh segera ditempatkan di mana-mana lokasi dan disebabkan demikian, kemudahan pemeriksaan yang diperlukan orang ramai tidak hanya terhad di hospital atau klinik.
Setiap pemeriksaan yang lengkap berserta laporan, boleh disiapkan dalam masa 20 minit. Pelanggan yang mempunyai tisu payudara yang sihat akan diberikan kad keputusan, bagaimanapun mereka yang tidak mempunyai tisu payudara yang sihat, pra-barah dan mempunyai petunjuk tisu payudara yang tidak sihat perlu merujuk kepada doktor masing-masing.
Mengenai HeiTech Padu Berhad
HeiTech Padu Berhad yang merupakan sebuah syarikat senaraian awam di papan utama Bursa Saham Malaysia adalah peneraju penyelesaian ICT Malaysia.
Syarikat ini diperkuat dengan pengalaman selama dua dekad yang membolehkannya bekerjasama dengan para pelanggan di sektor awam dan swasta dengan mengubah proses secara manual kepada automasi dan akhirnya kepada sistem maklumat yang berkesan.
Semasa proses perubahan itu, HeiTech sentiasa bersedia memberi khidmat kepada pelanggan dalam usaha menambah baik dan membantu operasi pelanggan perniagaan di kedua-dua sektor awam dan swasta.
Antara testimoni HeiTech di peringkat tempatan ialah projek kritikal untuk agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, bank-bank tempatan dan asing serta agensi insurans di seluruh dunia. Ketika ini, HeiTech menyediakan perkhidmatan sistem integrasi dan khidmat perundingan, menguruskan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi dan mengurus pusat-pusat khidmat data.
Untuk keterangan lanjut sila layari: www.heitech.com.my.
Dikeluarkan oleh: HEITECH PADU BERHAD Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi
Pn. Hafizah Abu Hamzah Pengurus Kanan Komunikasi Kumpulan dan Perhubungan Pelabur Tel : 03-8601 3013 Tel Bimbit : 017-387 6475
En Rosman Mustafa Kamar Ketua Kanan Komunikasi Kumpulan dan Perhubungan Pelabur Tel : 03-8601 3107 Tel BimbitMobile : 016-287 8214